UPM WINS THREE MEDALS MTE:SDG 2024 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM WINS THREE MEDALS MTE:SDG 2024

UPM WINS THREE MEDALS MTE:SDG 2024

19 Oct 2024 KL- UPM telah merangkul 3 pingat Sustainable Development Goals International Innovation Awards and Expo (SDG IIAE) di Malaysia Technology Expo (MTE:SDG) pada 16-18 Oktober 2024 secara dalam talian.

Tiga produk inovasi berkaitan teknologi hijau telah dipamerkan di reruai pameran maya UPM untuk pelawat MTE : SDG selama 2 minggu.

 

Menerusi pertandingan Sustainable Development Goals International Innovation Awards and Expo (SDG IIAE), UPM telah merangkul dua (2) pingat perak melalui inovasi Skypatcher- Long Handle Poster Tool diketuai oleh Asrizam Esam, Putra Science Park UPM, DuranGRO – Utilization Of Durian Rinds As An Organic Compost diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin, Fakulti Kejuruteraan UPM dan satu (1) pingat gangsa melalui inovasi Agrivoltaic Mushroom Tunnel diketuai oleh Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya'acob juga dari Fakulti Kejuruteraan UPM.

Syabas dan tahniah kepada penyelidik PSP dan UPM yang sentiasa menyokong penciptaan inovasi ke arah kelestarian hijau.

 

Menurut Asrizam, Skypatcher adalah inovasi alat penampal poster untuk reruai pameran yang dapat digunakan bagi mempercepatkan proses penampalan dan meningkatkan keselamatan pempamer yang telah dibangunkan daripada kaki bunting terpakai.

“Pempamer yang perlu menampal poster pada reruai pameran standard shell scheme, kebiasaannya digunakan untuk pameran seperti di KLCC, MITEC, WTC; berisiko untuk terjatuh dan mengambil masa lama bagi kerja penampalan,” katanya.

Kelebihan Skypatcher mampu menampal poster sepantas 11 saat adalah cetusan idea berdasarkan kesukaran dihadapi selama ini disebabkan tiada alat bantu dalam pasaran bagi membantu menampal poster pertandingan untuk reruai pameran.

“Lazimnya, kaedah menampal poster pada ketinggian ini memerlukan alat bantu seperti tangga bagi membantu memudahkan proses penampalan. Bagaimanapun, faktor saiz tangga yang panjang dan berat menyebabkan ia sukar untuk dibawa serta masalah ruang sempit di tapak pameran,” tambah Asrizam.

 

Date of Input: 21/11/2024 | Updated: 04/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (08:11:44pm-08:16:44pm, 27 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]