Innovathon UPM bukan sekadar pertandingan, ia adalah medan cetusan idea, pencungkil bakat dan lonjakan inovasi. Namun, di sebalik kelancaran setiap proses, berdiri teguh satu pasukan sekretariat yang penuh komitmen dan dedikasi. Barisan 'wira senyap' yang memastikan segalanya berjalan lancar dari mula hingga tamat.
Bertempat di Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia, sekretariat Innovathon telah memainkan peranan penting dalam pengurusan pendaftaran peserta, penyediaan logistik, pemantauan sesi pembentangan dan penyelarasan teknikal. Dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi, mereka memastikan pengalaman setiap peserta berlangsung dengan lancar dan profesional.
Date of Input: 23/07/2025 |
Updated: 23/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING