14 Mac 2025, Putra Science Park - Satu webinar bertajuk "Sharing Session on Selangor Lab Patnership Programme" anjuran Invest Selangor dengan kerjasama Putra Science Park telah dilaksanakan secara atas talian.
Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) PSP, Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman dan dihadiri oleh jemputan di kalangan innohubber yang berkaitan.
Encik Mohd Syahid Othman, selaku penceramah sesi perkongsian ini telah menerangkan latar belakang, kelebihan serta proses untuk menyertai program Selangor Lab Partnership kepada para peserta.
Secara ringkasnya, program ini menggalakan syarikat Innohub untuk bekerjasama dalam R&D atau menggunakan perkhidmatan makmal UPM dalam bidang bioteknologi dan sains hayat.
Program ini juga terbuka kepada syarikat yang ingin bekerjasama dengan rakan kongsi strategik Invest Selangor, di mana syarikat boleh menerima insentif sehingga RM 5 ribu.
Date of Input: 15/03/2025 |
Updated: 15/03/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING