Alternative Kopi Dari Biji Kurma | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Alternative Kopi dari Biji Kurma

Alternative Kopi dari Biji Kurma

Pada umumnya, biji kurma adalah sisa makanan yang dibuang dari pasar raya dan pengeluar makanan komersial. Teknologi telah membenarkan pengeluaran sebatian kimia yang berguna dengan cekap daripada bahan ini, memberi laluan untuk penciptaan produk yang bernilai tinggi melalui penggunaan bioteknologi perindustrian.

Kajian telah menunjukkan bahawa biji kurma mempunyai asid fenolik dan flavonoid yang tinggi, sebatian yang dilaporkan memberi kesan yang bermanfaat, termasuklah antioksida, antidiabetik, antikarsinogenik, antimikrobial, antimutagenik, dan anti aktiviti keradangan, dan pengurangan isu kardiovaskular. Kandungan polifenol dan aktiviti produk makanan yang kaya dengan antioksida. antioksidan biji kurma telah dilaporkan 10-kali ganda daripada buahnya dan lain-lain.

 

Tujuan penyampaian ini adalah untuk menonjolkan potensi biji kurma sebagai alternatif yang mampan bagi penggemar kopi yang menitik beratkan kesihatan dalam menggabungkan makanan berfungsi dengan minuman dalam diet rutin. Makanan berfungsi yang berasaskan produk tumbuhan memastikan peruntukan pelbagai nutraseutikal untuk kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

Inovasi yang dikemukakan ini telah dibangunkan memandangkan kepada peningkatan permintaan umum terhadap makanan berfungsi yang memberi manfaat kesihatan yang tepat.  Ini telah dirangsangkan oleh pengguna moden yang lebih mengambil berat terhadap kesihatan dan status diet.

 

Biji kurma mengandungi tahap fenolik, serat dan antioxida yang tinggi, antara tertinggi adalah flavonoid, carotenoid dan asid fenolik. Kajian telah membuktikan bahawa flavonoid dapat mengurangkan risiko diabetes. Dalam produk nutraseutikal dan farmaseutikal, biji kurma telah digunakan sebagai tambahan bagi antioxsida oleh kerana tahap kandungannya dan kompleks volatil yang tinggi.

 

Kelebihan

 

Produk serbuk kopi yang terhasil adalah 100% biji kurma asli tanpa sebarang bahan tambahan, pengawet atau bahan kimia. Produk minuman kesihatan yang terdapat di pasaran mengandungi bahan campuran lain seperti bahan pengawet dimana khasiat produk tidak dapat diambil sepenuhnya.

 

Kos pembuatan serbuk kopi biji kurma adalah lebih rendah kerana bahan yang digunakan adalah 100% asli dan pengekstrakan dilakukan dengan menggunakan air, manakala minuman kesihatan di pasaran adalah lebih mahal oleh kerana melalui banyak proses operasi.

 

Formulasi disediakan dengan kaedah pembuatan mudah (rawatan haba dan ekstrak air) dengan anggaran kos bagi skala makmal adalah rendah berbanding dengan minuman kesihatan yang sedia ada di pasaran.

 

Kopi biji kurma merupakan minuman kesihatan berpotensi tinggi yang berasaskan biji kurma yang telah dijadikan serbuk halus yang optimum, cepat larut dalam air.

 

Formulasi rawatan haba dan ekstrak yang optimum memberikan kopi biji kurma ini rasa sedap setanding produk kopi terkenal di pasaran.

 

 

Penyelidik

Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani
Fakulti Pertanian
ssalwaag@upm.edu.my

Untuk mengkomersilkan teknologi ini, hubungi

Putra Science Park
promosi@upm.edu.my



Tarikh Input: 27/10/2020 | Kemaskini: 13/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETNAa~