Aplikasi DisleksiaBelajar - Bantu Pelajar Disleksia Kuasai Bahasa Melayu | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Aplikasi DisleksiaBelajar - bantu pelajar disleksia kuasai Bahasa Melayu

Aplikasi DisleksiaBelajar - bantu pelajar disleksia kuasai Bahasa Melayu

Aplikasi DisleksiaBelajar (Fono-Eja-Baca-Tulis) menggunakan kaedah jenis tulisan, warna dan sukatan pelajaran serta mampu mendorong pelajar untuk menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan.

Menurut ketua penyelidik inovasi ini, Dr. Novia Admodisastro, terdapat empat modul utama dalam aplikasi mesra disleksia ini iaitu fonologi, ejaan, bacaan dan tulisan yang meliputi topik asas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

 

“Penggunaan elemen multimedia seperti gambar, audio dan teks membantu pelajar berinteraksi dengan aplikasi secara berkesan. Selain itu, aplikasi ini juga dapat mengurangkan beban guru melalui pembelajaran akses kendiri. Pembelajaran berasaskan teknologi mudah-alih ini lebih fleksibel dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar,” katanya.

 

Menurut beliau lagi, aplikasi ini direka berdasarkan garis panduan, kandungan dan pedagogi bagi menguasai Bahasa Melayu merangkumi empat elemen iaitu fonologi, mengeja, membaca dan menulis.

 

“Kelebihan inovasi ini mampu mengurangkan kos dari aspek penggunaan kertas dan menjimatkan masa guru dalam menyediakan bahan mengajar berbeza untuk setiap pelajar,” ujar beliau lagi selain menekankan teknologi ini juga mampu memaksimakan penggunaan pelbagai deria (multisensory) dalam kalangan pengidap disleksia melalui gabungan teknik pembelajaran yang sesuai.

 

Aplikasi ini mengambil masa selama 11 bulan untuk dibangunkan dan mendapat kerjasama daripada Persatuan Disleksia Malaysia (PDM) mensasarkan golongan pendidik di sekolah-sekolah berkeperluan khas serta ibu-bapa terutamanya yang mempunyai anak disleksia.

 

Ahli kumpulan lain yang turut sama membangunkan aplikasi ini ialah Prof. Dr. Abdul Azim Abdul Ghani, Dr. Azrina Kamaruddin, Dr. Noridayu Manshor, Chan Kai Fung dan Siti Suhaila Abdul Hamid. – UPM

Tarikh Input: 19/05/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdPAF~