STRATEGIC ALLIANCE | PUTRA SCIENCE PARK
» OUR SERVICES » STRATEGIC ALLIANCE

STRATEGIC ALLIANCE

Seksyen Korporat dan Hubungan Strategik (KOHUS)

KOHUS bertanggungjawab bagi potensi pembangunan perniagaan, strategi, rundingan, pelaksanaan, pengurusan hubungan dan pengawasan yang berimpak, inovatif dan saling menguntungkan hubungan strategik bagi PSP UPM dan rakan kongsi korporat, bukan berasaskan keuntungan mahupun fundamental.

KOHUS mempelopori dan membina program hubungan translasi yang inovatif dengan matlamat untuk menyelaraskan teknologi UPM dan industri atau agensi untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang inovatif dan berkesan untuk beberapa masalah dan cabaran masyarakat. Perkongsian program hubungan strategik akan menjana potensi pengkomersilan potensi kolaborasi penyelidikan, pembangunan ekosistem pengkomersilan dan hasil pelesenan kepada PSP UPM, termasuk  menghasilkan syarikat permulaan yang secara kolektif telah meningkatkan pembiayaan ekuiti kepada UPM. Perkongsian ini akan menghasilkan produk baharu transformatif dengan banyak produk lain dalam pembangunan aktif.

  1. Komunikasi Korporat 
    • Menyelaras dan merancang komunikasi korporat PSP dalam menyelaras rancangan publisiti budaya korporat di PSP
    • Membangunkan pengurusan jenama PSP UPM dan bertanggungjawab ke atas keterlihatan PSP kepada pihak luar

  1. Projek Hubungan Strategik
    • Membina, merancang dan melaksanakan hal ehwal berkaitan program/projek khas melibatkan potensi pengkomersilan, potensi kolaborasi penyelidikan, dan pembangunan ekosistem pengkomersilan yang mapan bagi PSP, UPM dan pihak luar.

  1. Geran Pra/Pengkomersilan 
    • Bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengurus geran melibatkan pengkomersilan sama ada geran dalaman UPM, geran yang di tawarkan oleh kerajaan dan juga geran yang ditawarkan oleh agensi luar yang berkaitan.

  1. Infostruktur 
    • Melaksanakan pengurusan infostruktur serta pelaporan data Putra Science Park melibatkan data inovasi, harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersilan kepada pemegang taruh PSP dan UPM bagi keperluan universiti, negara dan agensi global
    • Memudahcara pengurusan informasi, dan pemahaman yang baik terhadap data PSP dalam membantu memastikan kebolehlaksanaan, keberkesanan, dan keselamatan data PSP.

  1. Program Putra Dynamic 
    • Membantu merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan program Putra Dynamic melibatkan latihan, konsultasi harta intelek, dan pengkomersilan bagi memperkasakan keterlihatan kepakaran dan penjanaan pendapatan Putra Science Park.


Updated:: 12/03/2025 [asrizam]

MEDIA SHARING

F, (07:58:27am-08:03:27am, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]