| PUTRA SCIENCE PARK
list of latest announcement

Tawaran Program InnoHub Tahun 2022 akan diadakan seperti butiran berikut :

🗓️ 8 September 2022 | Khamis
⏰ 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
🖥️ Via Zoom Meeting ( ID dan Password akan diberikan melalui emel)

Untuk penyertaan taklimat sila isi borang di pautan berikut selewat-lewatnya 6 September 2022
https://forms.gle/Am5o3UJHzoJbkdAK8

DO YOU HAVE TECHNOLOGY THAT

  • already has intellectual property protection by UPM
  • has technological readiness level (TRL) 6 and above? (refer https://mcyportal.mosti.gov.my/tips-panduan/technology-readiness-level-trl/ to identify TRL levels)
  • have a Minimum Viable Product
  • have demand in the market

DO YOU WANT TO

  • conduct market validation on your technology?
  • commercialize your research results technology?
  • explore technology entrepreneurship?
  • establish a startup to commercialize your research results technology?

If you got YES for all the above answers, UPM provides COMMERCIALISATION EXTENSION TRAINING (LSP) to provide opportunities for Academic Staff to venture into entrepreneurship based on UPM Intellectual Property for up to 24 months.

LSP aims to enhance and expand the experience of Academic Staff in the field of entrepreneurship as well as to develop attitude, identity, skills, and knowledge in the real industry world to produce market-driven and competitive innovations.

Training will begin in Semester 1 2024/2025.

 

Any inquiries, please contact :

Urusetia Latihan Sangkutan Pengkomersilan

Seksyen InnoHub

Putra Science Park

(Puan Noorhayati Fazlul Haque : 03-97691627 / noorhayati@upm.edu.my)

Closing date: 31 APRIL 2024

Hebahan Pertandingan IdeaVault, Festival Idea Putrajaya:
Peluang hebat untuk anda mencetuskan perubahan, IdeaVault kini membuka penyertaan kepada semua golongan termasuk pelajar, profesional, dan komuniti. Kongsi idea bernas anda dalam 4 bidang utama:
 
1️⃣ Teknologi & Inovasi
2️⃣ Ekonomi & Kesejahteraan
3️⃣ Perubatan & Kesihatan
4️⃣ Gaya Hidup & Pendidikan
 
Hadiah Menarik Menanti,
🏆 Johan: RM2,000
🥈 Tempat Kedua: RM1,000
🥉 Tempat Ketiga: RM500
 
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada masyarakat melalui idea inovatif anda.
 
📌 Info lanjut & pendaftaran:
 
Jom sertai sekarang.

YBhg. Prof./Dato’/Dr.,

PELAWAAN MENYERTAI PAMERAN PERTANDINGAN R&D INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) 2025

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Putra Science Park (PSP) UPM membuka penyertaan kepada semua penyelidik UPM yang memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai pameran pertandingan R&D International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2025 pada 29-31 Mei 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). (ITEX) 2025 ialah satu platform yang terbaik untuk mempromosi dan seterusnya menarik minat industri untuk berkerjasama dalam proses pengkomersilan teknologi/inovasi UPM yang akan memberi impak positif kepada industri dan komuniti.

 

Syarat kelayakan :

  • Teknologi atau inovasi telah mempunyai perlindungan harta intelek (paten/copyright/ID/dll) - hak milik UPM Sahaja dan produk inovasi mestilah berkaitan dengan Tema The Power of STEAM and AI Sahaja,
  • Teknologi atau inovasi perlu mempunyai potensi untuk dikomersilkan dan minat daripada industri,
  • Teknologi atau inovasi perlu mempunyai prototaip/model dan projek yang mesra alam (RoHS compliant, recyclable, reusable, renewable),
  • Kumpulan penyelidik perlu memberikan komitmen sepanjang tempoh pameran selama 3 hari (29-31 Mei 2025).

Bagi menyertai pameran dan pertandingan R&D ini, penyelidik perlu melengkapkan borang, templat poster, draf hebahan media, video inovasi dan gambar produk/teknologi beresolusi tinggi seperti dilampirkan. Maklumat ini boleh diemel kepada faizfarhan@upm.edu.my. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 3 Mac 2024 (Isnin). Kos reruai, yuran, poster dan brosur akan ditanggung oleh PSP.

Maklumat lanjut pameran (ITEX) 2025 boleh di layari http://www.itex.com.my atau hubungi En. Faiz Farhan di talian 03-9769 2187. Semua penyertaan akan disaring oleh PSP sebelum dihantar kepada pihak penganjur pameran. Semua inovasi ini, sama ada berjaya atau sebaliknya, akan dipamerkan di laman sesawang PSP dan direktori KPM untuk tujuan promosi kepada industri. Selepas pameran, penyelidik perlu bersedia mengadakan perbincangan susulan dengan pihak industri (jika ada) berkaitan komersil teknologi atau kerjasama penyelidikan.

Semoga penyertaan UPM di (ITEX) 2025 ini akan dapat mempromosikan lagi inovasi UPM, mengiktiraf hasil R&D UPM, meningkatkan motivasi penyelidik dan seterusnya membuka peluang pengkomersilan dengan pihak industri.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato’/Dr. didahului dengan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERILMU BERBAKTI”

 

Yang menjalankan amanah,

DR. SAIFUL HASLEY RAMLI

Timbalan Pengarah

Bahagian Promosi Dan Pengurusan Harta Intelek

Putra Science Park,UPM

 

 

Sharing PSP’s experience and expertise with external parties in technology transfer, intellectual property management, and commercialization enables PSP to offer a series of training sessions, courses, and workshops to external universities, research institutions, industry players, and relevant government agencies.

https://sciencepark.upm.edu.my/industry/training_offer-6337

 

 

Tawaran Bagi Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP), Putra Science Park, UPM Batch 7 Tahun 2025

Pautan

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
Z, (02:35:52am-02:40:52am, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]